Sunday, November 25, 2012

Resepi Masak Ketam


Ini merupakan percubaan pertama aku masak ketam dalam tempoh 29 tahun hidup... Alhamdulillah Encik Meor Syazwan sangat suka dengan masakan ketam ni & dia asyik memuji jer kejenya hahaha ++akuni pemalas masak orangnya.. tak sangka, sekali try resepi ni terus menjadi!

Rupa masakan ketam yang aku cuba masak :)

Sebenarnya, aku beriye nak masak ketam ni sebab kak nurul upload gambar die makan ketam masa kami p kursus JPA kt Ipoh, tempoh hari. Bagi menyampaikan hasrat diri sendiri, maka aku pon membeli lah 3 ekor ketam betina yang mana ia memakai spender besar siap ade telur lagi ketam tu! Harga 3 ekor ketam tu dalam RM15.20. isinya pun banyak! Terima kasih kepada kawan ku Aida yang mengajar cara nak beli ketam dengan melihat pada spender ketam.. hehehe

Resepi masak ketam ni pulak, aku dapat dari ex-ofismet kt Bahagian Latihan dulu.. Cik Wok namanya. Memang marvellous aku cakap resepi ni! :)

Bahan-Bahan Memasak (4 ekor ketam) (untuk dikisar):

1. 4 ulas bawang besar
2. 3 ulas bawang putih
3. 5 tangkai cili kering (*aku pakai cili boh sahaja - anggaran)

Cara-cara Memasak:

1. Tumis kesemua bahan yang dikisar di atas sehingga pecah minyak. (Pengguna minyak mengikut kesesuaian)

2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar sos tiram, 5 sudu besar cili sos, dan 4 sudu besar tomato sos. Tumis sehingga sebati. 

3. Perisakan dengan garam dan gula mengikut rasa masing-masing.

4. Sediakan 1 cawan air yang dicampurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung. Kacau dan tapis masa hendak dituangkan ke dalam tumisan tadi. Kacau sehingga pekat berkilat kemudian masukkan ketam.

5. Agak-agak rupa dah cantik, masukkan sedikit daun sup yang dihiris dan digaul rata dan boleh dihidangkan.

6. Semua pasti suka! :)

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, November 11, 2012

Durian Fever 2012

Musim durian datang lagi!!!!!
Murah! Murah! hehehe
Semua orang dok bercerita pasal kesedapan durian crepe. Until one day, time lunch, my friend Idah cakap kt SweetChat Mines jual durian crepe sedap. So, kami plan hari Jumaat (esoknya) nak ke Mines cari bendalah tu.

Sampailah hari yang dinantikan untuk makan durian crepe. By the time aku sampai kt kaunter nak beli, aku hampir tak dapat durian crepe SweetChat tu.. (dalam menu SweetChat namanya Durian Pancake ye). Ade orang order 28 paket ye! But luckily, rezeki ibu mengandung agaknya, dapatlah beli 2 paket dengan harga RM 8.90/paket. Fuhhhh! rasa die memang sedap! I'm addicted to it!

Kisah durian tidak terhenti di situ, esoknya (Sabtu-semalam) mak ngan ayah mertua ajak layan durian pulak kt Sg Chua. Memang kenyang durian! hahaha 

Hailah nasib badan..macam mana lah badan aku tak naik 3kg setiap kali check up kan?!

Hah! hamek durian lagi dan lagi dan lagi! - durian pancake SweetChat tu rupa die mmg hodoh sket, TAPI SEDAP!

Harini pulak aku teringin nak makan kek Bisou, maka telah paksa encik suami untuk ke KLCC (w/pn dia malas & marah tak nak pergi hehe) tapi mengenangkan ibu yang mengandung sorang ni, die bawak jugak ke KLCC.. katanya "tak ada benda lain ke nak makan?" huhuhu

On the nak balik tetiba nampak kt escalator tu kedai Durian-Durian.. nampak pulak menu Durian Pancake jugak.. maka dengan tidak sengaja telah terbeli.. hahaha.. tapi dia bukan crepe.. memang pancake betul!

Inilah rupa durian pancake @Durian-Durian

Disebabkan gila makan durian setiap hari, especially memperkenalkan durian crepe kepada jiran-jiran, mereka telah menggelarkan diriku sebagai 'trendsetter'. Dah semua orang dok menggila nak cari durian pancake SweetChat! hehehe

Sunday, March 18, 2012

Pesanan Hikmat Prof Dr Muhaya

"Ilaahi, Kau lah yang kucari, Kau tujuanku,
  
  RedhaMu menjadi tujuan hidupku,
  
  Kurniakanlah aku kasih sayang Mu,
  
  Kurniakanlah aku untuk mengenal diri Mu"

Tuesday, June 30, 2009

Dugaan Dari Allah

Hari ini ade seorang client akunih (I think this is the proper word to use), Pegawai Farmasi kt HTAR Klang. die patutnya pergi buat PhD last year, tapi atas sebab musabab yang xdapat nak elak, die tangguh untuk pergi this year. In the first place, aku memang xjumpe die directly. Sebaliknya, kerani aku; Wahida yang entertain die.

Tak lame lepas die balik, Wahida datang jumpe aku. Crite kat aku yang Pn Azizah tu telah dirompak RM20k lepas keluarkan duit dari Bank Islam. Duit tu plak die nak gune untuk pergi UK nanti. Aku rase kesian plak dengar cite dari Wahida tu. So, aku nak call la Pn Azizah ni.Elokje Wahida keluar dari bilik aku, terus Wahida bgtau yg Pn Azizah tu ade datang balik kt depan kaunter.

Akupun ape lagi, terus la p jumpe Pn Azizah tu. I've never met her before. Jumpe-jumpe aku terusla perkenalkan diri aku. Selalunya aku bercakap die dengan die melalui telefon jer. Taklimat HLP last year pun die xde datang. Xde orang bgtau katenye. Yang xtahan, die bole cakap camni: "Owh! Inila Pn Shazwani yer...kecik ajer orang nyer...muda lagi plak tu..."..haha..lawakla aku dengar...hehehe.

Aku pun terus ajak die duduk kt sofa & tanya pasal kes die kene rompak tu. So, die crite la yg die keluarkan 20k dari Bank Islam (duit tabung haji & duit claim die slame ni). Die ckp duit tu mmg nak guna utk ke UK nanti.

Tapi aku tgk Pn Azizah tu mcm rilex ajer. Die asyik cakap yang die selalu berasa susah hati kot-kot die xcukup duit time kt UK nanti. Mungkin sebab itu, Allah tarik balik duit yg die ade. Lagipun due bgtau aku, die tgk dari sudut yg positif & anggap kehilangan duit 20k itu mmg 1 dugaan dari Tuhan. Sebab org lain Allah duga lagi teruk dari die macam anak sakit, anak meninggal,rumah terbakar etc. Die ckp die ok lagi, cuma kadang-kadang tu memang terkenang-kenang duit yang kene rompak tu.

Pn Azizah ni pandai jugak buat lawak. sebab masa die crite kejadian rompakan tu, die kate sambil nak rebut balik duit yg kene ambil tu, die bole plak rase nak terkencing.hehehe.die crite gak mase nak masuk krete tu die baru nak lock krete, tapi xsempat. Duit pun sampai xbole nk teringat nak letak kt bawah tpt duduk.

Memule tu aku ade tanya jugak, knape nak bawak duit banyak2 tu xpakai draft/cek/TT. sebab duit tu pn die nak masukkan ke HSBC plak. die kate memang x tau ape-ape psl draft ke, cek ke. org kt bank tu pun x advice die. die pun rase-rase org bank jugak yg amek duit die tu. sebab bole bg release je duit banyak-banyak tu.Ish dahsyat btolla dorg neh...

Tapi Pn Azizah ni adegak bgtau, balik-balik pas report polis sume, die wat solat hajat & baca Yaasin. die memang x mengharapkan dpt balik duit tu, cume die berharap agar ini adalah dugaan terakhir yg die lalui dan dapat buat PhD dengan jayanya.

Cerita seperti sangat memberi pengajaran kepada aku iaitu:

1. Jangan nak keluar duit banyak-banyak sampai org boleh rompak kite. Gunakan segala kemudahan moden yg ada bagi mengelakkan kite dirompak oleh orang-orang yang x bertanggungjawab;

2. Sekiranya ditimpa musibah, ingat Allah. hanya pada Allah kite berserah&mengadu...sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan sesuatu;dan

3. Ada hikmah tersembunyi di setiap kejadian di dalam hidup kite ini. bile Allah bagi kite senang, wajib bersyukur. Jangan terlalu merasai kekurangan, takut-takut Allah akan tarik nikmat kite.

Wallahu'alam.



Thursday, June 11, 2009

How To Manage Your Finances (Money Jars)

I've found out this article in NST on June 9,2009 that I think really good and helpful for a such person like me who loves to shop,shop, shop till I drop (haih!).

Hopefully this article will help me to manage my money.........here are THE MONEY JARS:

1.Financial Freedom Account (FFA - 10%):
This is your financial freedom jar where the money is not spent, but used for savings and investments to generate more income.

2.Long Term Savings For Spending (LTSS-10%):
The purpose of this jar is to prevent impulsive buying and encourage one to save for an expensive item like going for a holiday.

3.Necessities Account (NEC-55%):
This jar is for all your daily expenses. If it exceeds 55%you have to simplify your lifestyle or find ways to earn more.

3.Education (EDUC-10%):

You must keep investing in your own education as anything that is not growing is dying.

4.Give Account (GIVE-5%):
Contributing to others is one of the most fulfilling goals in life, and one the impetus of earning more is so you can give more.

5.Play Account (PLAY-10%):
This is one of the most important jars. By celebrating your success each month, will boost your spirit and confidence to achieve more.




Thursday, April 9, 2009

Apa Yang Duit Boleh Buat?

"Duit boleh buat beli rumah... tapi, tak boleh beli keselamatan...
Duit boleh beli katil..tapi, bukan tidur..
Duit boleh beli jam..tapi, bukan waktu/masa..
Duit boleh belikan kite buku..tapi, bukan ilmu pengetahuan..
Duit boleh beli kedudukan, namun bukan penghormatan..
Duit boleh digunakan untuk beli ubat, tapi bukan kesihatan..
....duit boleh belikan kite darah, tapi bukan nyawa!"

Monday, April 6, 2009

Melawat Kak Mariam di ICU Sg Buloh

Tepat jam 12.30 tgh hari td, Dayah bergegas mintak izin sebab nak p melawat kak yam kt ICU Sg. Buloh. Hmm ikut kate orang die demam denggi, tapi ade infection kulit plak. Akupun ape lg, nk la jugak p melawat kak yam untuk mengesahkan sendiri keadaan die tuh. Sejak die masuk hospital, aku xsempat lg nk tgk die. Haritu ms BQ & Amin ajak, aku xsempat solat & pump milk. Memandangkan harini dak-dak unit aku beramai-ramai nk p jenguk die naik van ofis, akupun tergerak nak join.

Dalam jam 12.45pm, Wahida call btau van ade kosong lagi. Aku pn xnak la kene tinggal. Ajak Aida, tp Aida ckp juz update to her the break news jer. So, trn kt tgkt 2, masing-masing dh dalam van. Siap makan kacang lagi!! Macam nak pergi tengok wayang budak-budak nih...Aku hengat time aku naik van nk gerak dah p Sg Buloh. Tapi dorang cakap tunggu Baim plak...mujur aku xkene tinggal..

Tak lame pastu Baim pun dtg bersama geng nyer...

Kami pun bergerak ke Hosp Sg Buloh...

......to be continued