Showing posts with label It's All About Food. Show all posts
Showing posts with label It's All About Food. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

Puding Batik Senang Buat Sedap Dimakan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Seperti bulan Ramadhan tahun-tahun sebelum ini, aku memang akan kerap berbuka puasa di rumah ibu mertua memandangkan ia sangat berhampiran dengan rumah aku. Naik kereta dalam 10 minit sudah sampai! Jadi kenelah bawak paling kurang pencuci mulut masa time berbuka tu, takdela lenggang kangkong je kan temanya.

Menjadi harapan besar jugak pada tahun ini dapat lah tengok timbang turun ke angka 5xkg! Ish berdosa betol puasa dengan niat NAK KURUS! Astaghfirullah! 

Semalam, hari Sabtu encik suami sibuk ajak tengok wayang puasa-puasa ni cerita Jurassic World. Siap bergaduh dengan Mikhail gara-gara dia nak tengok cite Minion. But end up, tukang bayar tiket lah menang. I enjoyed watching the movie yang penuh debaran tu. Walaupun pada persepsi awal aku cite tu adalah sangat boring & xbest! Tapi sebenarnya TIDAK! Berbeza dengan Jurassic Park sebelum ni kiranya yang ini lebih canggih, hi tech dan nampak taman tema real ha ha (macam terpengaruh je ngan cite ni).

Dah habis tengok wayang, ape lagi balik rumah lah kan. Masa on the way balik tu akupun belek-belek lah resepi-resepi yang aku ade usha kat sini untuk bawak apa-apa yang patut ke rumah mertua. Hari kerja memang sodaqallahhul'azim la tak nyempat lah menantu pemalas ni nak buat apa-apa. Tetiba teringin sangat nak buat Puding Batik yang selalunya mak mertua aku akan beli di PARAM Sungai Ramal. Nak masak yang susah payah macam tak sempat je sebab balik pun dah pukul 3 petang. Jadi, ape lagi, zass singgah ke kedai Bestmark yang dekat dengan rumah tu untuk cari bahan-bahan yang bersesuaian. 

Memandangkan ini merupakan percubaan pertama aku membuat puding/lengkong - ya tak tipu ok aku xpernah lah buat bendalah puding/lengkong ni.. maka aku sangat berdebar menunggu hasilnya. Setelah bersilat lebih kurang sejam, maka inilah hasilnya setelah disejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam:


Muka puding/lengkong akuni memang tak cantik langsungkan? hahaha. Tapi bila dah dipotong-potong dan di'served'kan sebagai pencuci mulut, orang yang aku tengok dok ambik tak berhenti ialah encik suami aku sendiri! Bila aku tanya "sedap tak?". Die geleng kepala sambil mulut menyuap puding batik ni.

Terima kasih banyak pada Kak Azie share resepi Puding Batik ni dalam blog beliau. Kalau korang nak cuba boleh dapatkan resepinya di sini: Resepi Puding Batik Mudah & Sedap . Just follow step by step, CONFIRM JADIK! Inshaa Allah! Cuma aku kurangkan sikit sukatan gula dari 1 1/2 cawan kepada 1 1/4 cawan sahaja dan rasanya memang kena dengan tekak aku.

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, December 2, 2012

Susu Kambing oh Susu Kambing



Actually I'm not a type of person yang makan daging kambing.. paksa la macam mana pun atau digoda macam mana pun, I wont eat daging kambing.. kalau termakan, dengan segera I will know itu daging kambing sebab rasanya menyengat hingga ke hidung. *pheww. Xtaula kenapa kan dari kecik memang tak suka makan & perasan saat tak suka tu adalah masa raya haji time arwah atok hamid ade sembelih kambing then family buat masak-masak daging tu, once rasa terus TAK SUKA!

Yang jadi masalahnya sekarang, tetiba tengah jadi mak yong ni teringin sangat nak minum susu kambing. Masa a day before Deepavali haritu, jenuh tanya orang-orang kt ofis kat mana ada jual susu kambing. Ade yang bagitau kat kedai Presint 8/Presint 9 (lupa lah kt presint mana...hahahah). Sampaikan susu kambing Hi-Goat pun rasa nak minum jugak! kih kih kih. Ada orang nak offer lagi mak die duduk kt Benut, Pontian jual murah-murah sekotak Hi-Goat tu dalam RM23 ke RM 24 lebih kurang.

Akhirnya, nak jadi cerita I forced my hubby untuk ke Mid Valley malam Deepavali tu jugak sebab teringat kt farmasi Caring dalam Garden tu ade jual Nubian Goat's Milk. Alhamdulillah! Mujurlah memang ada jual TAPI MALANGNYA TINGGAL 2 BOTOL JE! Tapi, takpela, teringin punya pasal belilah dengan harga RM5/botol. Borong kasi habis!

My first time ever for Nubian Goat's Milk

Sepanjang ingatan aku, dulu masa bazaar Ramadhan dalam tahun 2010/2011 ade orang jual kt Prima Saujana tu. Tapi tak tau lah kt kedai mana die jual. Ada macam-macam perisa; strawberi la jagung la.. Tapi yang ditemui ni semua yang original flavour. 

Lepas beli balik rumah bukannya aku terus minum, sebaliknya konon nak minum esok pagi. My first try memang kene minum pakai straw sambil tutup hidung! hahaha Siap berebut dengan si kecik Mikhail lagi. The taste NOT bad actually.

So, minggu ni I stocked up another 8 bottles. Kalini beli di Cold Storage KLCC (setelah tiba-tiba hubby terpecahkan rahsia bagitau yang dekat Cold Storage KLCC ade jual Nubian Goat's Milk ni).. sabar jelah kan.. TAPI rugi pulak beli kt sini sebab harganya mahal 29 sen! Namun, disebabkan susah sangat nak jumpa stok susu kambing ni, ku beli jua. Kat MAHA 2012 pun stok boleh habis ok Nubian Goat's Milk ni.


Inilah stok untuk 8 hari. Exp date nya 16/12/12. Tadi banyak yang exp date nya 12/12/12


Ok, masa untuk minum susu kambing. Go Nubian Goat's Milk! :)

p/s: tapi tetap kene minum pakai STRAW! hahaha