Sunday, June 21, 2015

Puding Batik Senang Buat Sedap Dimakan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Seperti bulan Ramadhan tahun-tahun sebelum ini, aku memang akan kerap berbuka puasa di rumah ibu mertua memandangkan ia sangat berhampiran dengan rumah aku. Naik kereta dalam 10 minit sudah sampai! Jadi kenelah bawak paling kurang pencuci mulut masa time berbuka tu, takdela lenggang kangkong je kan temanya.

Menjadi harapan besar jugak pada tahun ini dapat lah tengok timbang turun ke angka 5xkg! Ish berdosa betol puasa dengan niat NAK KURUS! Astaghfirullah! 

Semalam, hari Sabtu encik suami sibuk ajak tengok wayang puasa-puasa ni cerita Jurassic World. Siap bergaduh dengan Mikhail gara-gara dia nak tengok cite Minion. But end up, tukang bayar tiket lah menang. I enjoyed watching the movie yang penuh debaran tu. Walaupun pada persepsi awal aku cite tu adalah sangat boring & xbest! Tapi sebenarnya TIDAK! Berbeza dengan Jurassic Park sebelum ni kiranya yang ini lebih canggih, hi tech dan nampak taman tema real ha ha (macam terpengaruh je ngan cite ni).

Dah habis tengok wayang, ape lagi balik rumah lah kan. Masa on the way balik tu akupun belek-belek lah resepi-resepi yang aku ade usha kat sini untuk bawak apa-apa yang patut ke rumah mertua. Hari kerja memang sodaqallahhul'azim la tak nyempat lah menantu pemalas ni nak buat apa-apa. Tetiba teringin sangat nak buat Puding Batik yang selalunya mak mertua aku akan beli di PARAM Sungai Ramal. Nak masak yang susah payah macam tak sempat je sebab balik pun dah pukul 3 petang. Jadi, ape lagi, zass singgah ke kedai Bestmark yang dekat dengan rumah tu untuk cari bahan-bahan yang bersesuaian. 

Memandangkan ini merupakan percubaan pertama aku membuat puding/lengkong - ya tak tipu ok aku xpernah lah buat bendalah puding/lengkong ni.. maka aku sangat berdebar menunggu hasilnya. Setelah bersilat lebih kurang sejam, maka inilah hasilnya setelah disejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam:


Muka puding/lengkong akuni memang tak cantik langsungkan? hahaha. Tapi bila dah dipotong-potong dan di'served'kan sebagai pencuci mulut, orang yang aku tengok dok ambik tak berhenti ialah encik suami aku sendiri! Bila aku tanya "sedap tak?". Die geleng kepala sambil mulut menyuap puding batik ni.

Terima kasih banyak pada Kak Azie share resepi Puding Batik ni dalam blog beliau. Kalau korang nak cuba boleh dapatkan resepinya di sini: Resepi Puding Batik Mudah & Sedap . Just follow step by step, CONFIRM JADIK! Inshaa Allah! Cuma aku kurangkan sikit sukatan gula dari 1 1/2 cawan kepada 1 1/4 cawan sahaja dan rasanya memang kena dengan tekak aku.

SELAMAT MENCUBA!