Sunday, November 25, 2012

Resepi Masak Ketam


Ini merupakan percubaan pertama aku masak ketam dalam tempoh 29 tahun hidup... Alhamdulillah Encik Meor Syazwan sangat suka dengan masakan ketam ni & dia asyik memuji jer kejenya hahaha ++akuni pemalas masak orangnya.. tak sangka, sekali try resepi ni terus menjadi!

Rupa masakan ketam yang aku cuba masak :)

Sebenarnya, aku beriye nak masak ketam ni sebab kak nurul upload gambar die makan ketam masa kami p kursus JPA kt Ipoh, tempoh hari. Bagi menyampaikan hasrat diri sendiri, maka aku pon membeli lah 3 ekor ketam betina yang mana ia memakai spender besar siap ade telur lagi ketam tu! Harga 3 ekor ketam tu dalam RM15.20. isinya pun banyak! Terima kasih kepada kawan ku Aida yang mengajar cara nak beli ketam dengan melihat pada spender ketam.. hehehe

Resepi masak ketam ni pulak, aku dapat dari ex-ofismet kt Bahagian Latihan dulu.. Cik Wok namanya. Memang marvellous aku cakap resepi ni! :)

Bahan-Bahan Memasak (4 ekor ketam) (untuk dikisar):

1. 4 ulas bawang besar
2. 3 ulas bawang putih
3. 5 tangkai cili kering (*aku pakai cili boh sahaja - anggaran)

Cara-cara Memasak:

1. Tumis kesemua bahan yang dikisar di atas sehingga pecah minyak. (Pengguna minyak mengikut kesesuaian)

2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar sos tiram, 5 sudu besar cili sos, dan 4 sudu besar tomato sos. Tumis sehingga sebati. 

3. Perisakan dengan garam dan gula mengikut rasa masing-masing.

4. Sediakan 1 cawan air yang dicampurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung. Kacau dan tapis masa hendak dituangkan ke dalam tumisan tadi. Kacau sehingga pekat berkilat kemudian masukkan ketam.

5. Agak-agak rupa dah cantik, masukkan sedikit daun sup yang dihiris dan digaul rata dan boleh dihidangkan.

6. Semua pasti suka! :)

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, November 11, 2012

Durian Fever 2012

Musim durian datang lagi!!!!!
Murah! Murah! hehehe
Semua orang dok bercerita pasal kesedapan durian crepe. Until one day, time lunch, my friend Idah cakap kt SweetChat Mines jual durian crepe sedap. So, kami plan hari Jumaat (esoknya) nak ke Mines cari bendalah tu.

Sampailah hari yang dinantikan untuk makan durian crepe. By the time aku sampai kt kaunter nak beli, aku hampir tak dapat durian crepe SweetChat tu.. (dalam menu SweetChat namanya Durian Pancake ye). Ade orang order 28 paket ye! But luckily, rezeki ibu mengandung agaknya, dapatlah beli 2 paket dengan harga RM 8.90/paket. Fuhhhh! rasa die memang sedap! I'm addicted to it!

Kisah durian tidak terhenti di situ, esoknya (Sabtu-semalam) mak ngan ayah mertua ajak layan durian pulak kt Sg Chua. Memang kenyang durian! hahaha 

Hailah nasib badan..macam mana lah badan aku tak naik 3kg setiap kali check up kan?!

Hah! hamek durian lagi dan lagi dan lagi! - durian pancake SweetChat tu rupa die mmg hodoh sket, TAPI SEDAP!

Harini pulak aku teringin nak makan kek Bisou, maka telah paksa encik suami untuk ke KLCC (w/pn dia malas & marah tak nak pergi hehe) tapi mengenangkan ibu yang mengandung sorang ni, die bawak jugak ke KLCC.. katanya "tak ada benda lain ke nak makan?" huhuhu

On the nak balik tetiba nampak kt escalator tu kedai Durian-Durian.. nampak pulak menu Durian Pancake jugak.. maka dengan tidak sengaja telah terbeli.. hahaha.. tapi dia bukan crepe.. memang pancake betul!

Inilah rupa durian pancake @Durian-Durian

Disebabkan gila makan durian setiap hari, especially memperkenalkan durian crepe kepada jiran-jiran, mereka telah menggelarkan diriku sebagai 'trendsetter'. Dah semua orang dok menggila nak cari durian pancake SweetChat! hehehe