Sunday, November 25, 2012

Resepi Masak Ketam


Ini merupakan percubaan pertama aku masak ketam dalam tempoh 29 tahun hidup... Alhamdulillah Encik Meor Syazwan sangat suka dengan masakan ketam ni & dia asyik memuji jer kejenya hahaha ++akuni pemalas masak orangnya.. tak sangka, sekali try resepi ni terus menjadi!

Rupa masakan ketam yang aku cuba masak :)

Sebenarnya, aku beriye nak masak ketam ni sebab kak nurul upload gambar die makan ketam masa kami p kursus JPA kt Ipoh, tempoh hari. Bagi menyampaikan hasrat diri sendiri, maka aku pon membeli lah 3 ekor ketam betina yang mana ia memakai spender besar siap ade telur lagi ketam tu! Harga 3 ekor ketam tu dalam RM15.20. isinya pun banyak! Terima kasih kepada kawan ku Aida yang mengajar cara nak beli ketam dengan melihat pada spender ketam.. hehehe

Resepi masak ketam ni pulak, aku dapat dari ex-ofismet kt Bahagian Latihan dulu.. Cik Wok namanya. Memang marvellous aku cakap resepi ni! :)

Bahan-Bahan Memasak (4 ekor ketam) (untuk dikisar):

1. 4 ulas bawang besar
2. 3 ulas bawang putih
3. 5 tangkai cili kering (*aku pakai cili boh sahaja - anggaran)

Cara-cara Memasak:

1. Tumis kesemua bahan yang dikisar di atas sehingga pecah minyak. (Pengguna minyak mengikut kesesuaian)

2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar sos tiram, 5 sudu besar cili sos, dan 4 sudu besar tomato sos. Tumis sehingga sebati. 

3. Perisakan dengan garam dan gula mengikut rasa masing-masing.

4. Sediakan 1 cawan air yang dicampurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung. Kacau dan tapis masa hendak dituangkan ke dalam tumisan tadi. Kacau sehingga pekat berkilat kemudian masukkan ketam.

5. Agak-agak rupa dah cantik, masukkan sedikit daun sup yang dihiris dan digaul rata dan boleh dihidangkan.

6. Semua pasti suka! :)

SELAMAT MENCUBA!