Hari ni aku mulakan kehidupan aku balik sebagai seorang yang berstatus SINGLE & AVAILABLE..kalau sebelum ni aku SINGLE BUT NOT AVAILABLE..aku tak tau nak ckp pe..mungkin memang sampai di sini sahaja Hikayat Cinta Aku yang selama ini sgt aku agungkan..ke mana harus ku kuburkan Hikayat Cinta ini? Inilah satu pengalaman yang akan aku bawa sehingga ke akhir hayat aku insya Allah…masakan tidak..Hikayat Cinta inilah yang membuat aku mengenal erti dicintai dan mencintai..disayangi dan menyayangi..mungkin dalam Hikayat Cinta inilah juga mengajar aku erti..jangan terlalu suke membuat perangai yg bukan-bukan..jangan suke menyalahkan org lain..perkara-perkara inilah yg akan mematangkan aku di kemudian hari..
Sanggupkah kite melihat orang yang kite betol-betol sayang menderita depan mate kite? Sanggupkah kite melihat air muke orang yang paling kite sayang tidak gembira ketika bersame kite tetapi hanya berpura-pura bahagia semata? Sanggupkah kite melakukan perbuatan yg paling kejam dengan membuat die menderita? Sanggupkah?Sanggupkah?Sanggupkah? Aku tau aku sendiri yang pilih Hikayat Cinta ini..aku sendiri yang corakkannya..dengan itu..dengan rasa yang berat hati aku lepaskan PUTERA dalam kisah Hikayat Cinta aku sebab aku xnak Putera itu menderita oleh kerana aku..menderita dengan perangai-perangai aku..menderita dengan perasaan die sendiri..aku cume xmau Putera itu akhirnya menyesal dengan kehidupannya bersama aku..disebabkan aku yang memilih untuk begini..biarlah aku yg survive sendiri..AKU BOLEH..insya Allah
Aku amat berharap selepas ini PUTERA dalam Hikayat Cinta aku ni akan lebih bahagia, tenang, tidak lagi pening-pening memikirkan perkara-perkara yang boleh mengganggu kehidupan die..Aku juga amat berharap die berjaya dalam hidup dengan sokongan orang-orang yang membahagiakan dirinya.."Cintai die yang mencintai mu.." Seandainya selepas ini memang Allah dah takdirkan aku berjodoh dengan PUTERA ini di Luh Mahfuz sana..aku pastinya tidak dapat menolak..tapi itu kisah di kemudian hari..tiada siapa yang tahu..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Adil, Allah Maha Bijaksana..
Sekiranya kisah Hikayat Cinta ini mampu aku bukukan atau filemkan..akan aku buat..sesungguhnya ia telah menjadi sebuah kenangan yang sangat manis dalam hidup aku walaupun pahit di akhir cerita..inilah realiti kehidupan..mana ada "happily ever after" tipu seh! Inilah cinta pertama aku..
" Berkawanlah selagi ada hati.. Bercintalah selagi dia sudi.. Bergembiralah selagi ada teman di sisi..Ingatlah kawan selagi terasa ia beerti.. "
Luka yang dalam ini mungkin ambil mase untuk sembuh..ditambah-tambah lagi parut yang dalam yang akan meninggalkan kesan..Ya Allah aku redha dengan ujian Mu ini..aku percaya tiada yang sia-sia..semua kan ada hikmahnya.. Ya Allah tabahkanlah hatiku untuk menruskan hidup yang penuh pancaroba ini..Ya Allah aku bersyukur atas segala nikmat kasih sayang yang telah Kau berikan kepadaku..Sesungguhnya Ya Allah hanya kepada Mu ku memohon pertolongan dan aku berserah hanya padaMu Ya Allah..Ya Allah hentikanlah titisan air mata ku ini..
Ia cume mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang..Satu jam untuk menyukai seseorang..Satu hari untuk mencintai seseorang..TETAPI ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang..
Kebahagian seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik..Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis , mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba..
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan..ADA APA DENGAN CINTA?