Monday, December 23, 2013

Cabaran 100 Hari?! No WAY!

Bunyi gempak je nak bercabaran 100 hari kan? hahahahaha! 

I should start with 30 days first. Apakah cabarannya itu?

1. Membuang sedikit kilogram yang duduk bersawang dalam badan sejak Aidilfirtri 2013 yang lalu..

2. Me'reschedule' (dengan izin) jadual pam susu supaya stok tidak nyawa-nyawa ikan dan seterusnya boleh menyusukan Soffiya untuk another a year! (up to 2 years old).

Apakah langkah untuk membuang kilogram yang bersawang dalam badan itu??

1. NO sweet drinks (ouccch! addicted to sweet tea!!!) ESP + orange juice dikecualikan ok haha

2. NO fast food! (alahai prosperity burger dikecualikan boleh tak??)

3. Drink 3 litres plain water (I did this tapi tanpa pengawasan cikgu disiplin.. sangat celam celum!!kejap buat, kejap tidakkkk!)

4. Minum green tea lepas makan..WAJIBBB!

5. Makan segenggam nasi je macam Kevin Zahri cakap selalu tu (ni selalu buat tapi....)

6. Less sweet food macam cake, scorne, desserts yang menggiurkan perasaan, aiskrim (once a week acilah kot kan??!)

Ok-ok, jap lagi nak try p timbang tengok berapa berat sekarang. Nak tengok boleh tak aku bersabar. Fine, time pantang aku beriye pantang, tak kan setakat nak kuruskan badan sikit tak boleh kan??!!


Friday, December 20, 2013

ALHAMDULILLAH!!!

2 bulan yang lalu (October 2012) sepatutnya kami sekeluarga telah meninggalkan Malaysia untuk menetap di Houston, TX, USA untuk tempoh setahun. Encik suami telah ditawarkan on-job-training (OJT) di ConocoPhillips, Houston.

Pada awalnya, memang aku cakap kt encik suami untuk tolak je tawaran tu, tapi encik suami cakap nak cantik kan resume dia, so he accepted that offer. Lagipun encik suami cakap, if he declines, nanti diorg dah tak bagi posting oversea lagi dah. Ok lah aku akur, sedikit sebanyak persiapan aku buat (padahal lambat gile kot aku isi borang Cuti Tanpa Gaji Ikut Pasangan!!).

Aku mintak encii suami decline offer tu bukan apa, fikir pasal Mikhail tahun depan dah 6 tahun, by the time balik dah nak masuk darjah 1. Tapi kawan aku yang tengah ctg ikut suami kt Rome cakap, jangan pening-pening pasal anak, anak tu bukan nak ambik SPM pun! Ok, advice ni sedikit sebanyak masuk jugak dalam kepala aku.

Dari rasa tak excited, jadi excited dan tak sabar nak pergi.... I have been in Houston around February 2010 (duduk 10 hari je pun!). Masa tu follow encik suami ada exhibition. Tu yang siap berangan nak jadi tokei COACH hahahahah!(cuti tanpa gaji!)

By the way, daripada puasa sampai raya, dok ding bell tak tau nak pergi bile. Kalau orang tanya, tak tau nak cakap apa.. Mama asyik cakap, kalo jadi nak ke US tunggu die ngan ayah balik dari haji dulu. Masa tu aku dok terbayang nak naik flight more than 24 hours (termasuk transit) untuk angkut 2 orang budak kecik.. alahai..

Sampai sudah, mama pun dah selamat pi haji dan dah balik haji, kami tak pergi2 jugak.. end up encik suami pun dah lulus assessment die, dapat naik pangkat sikit (Team Leader-G4), lg setapak nak ke Manager - G5. Bila discussion dengan ConocoPhillips diadakan, mereka cakap it's hard to get work permit + visa untuk encik suami & another engineer yang akan pergi sekali tuh. Now, they are trying to make another arrangement dan kalau pergi pun around March 2015. 


Bila encik suami cakap die nak decline sebab tak kuasa nak tunggu plus SGM ngan GM pun suruh decline (kes dah due nak naik pangkat), masa tu rasa sedih sangat.. seriously, sedih teramat sebab kita dah plan macam-macam.. Mikhail pun awal-awal dah excited tau nak duduk US, tapi di hujung-hujung sesi persekolahan Mikhail cuma cakap kt teacher die tak tau..


Tapi dalam kesedihan, aku redho, ada satu tempoh ketidaktentuan keadaan, hampir setiap hari aku mohon petunjuk dari Allah untuk leraikan masalah yang sedang aku hadapi dengan baca Yaasin sambil driving waktu pagi untuk ke tempat kerja. Masa baca Yaasin tu memang sambil menangis. Aku mohon dengan Allah, yang sekiranya TAK PERGI Houston tu lebih untuk ku dan keluarga ku, aku redho dan segeralah leraikan masalah yang ada..


ALHAMDULILLAH.. Allah jawab doa aku..


Bulan lepas, encik suami cakap die dah dapat surat naik pangkat jadi Team Leader-G4, gaji naik la sikit kan. Hari ini encik suami cakap ada revise gaji, dapat lagi kenaikan. Inshaa Allah untuk PPA tahun 2013 ni ada rezeki lagi untuk encik suami (buat tahun yang ke-7)..he said "Alhamdulillah yang.. rezeki datang mencurah-curah" - "...saya belanja orang makan kambing RM900 je, tapi Allah lipat gandakan rezeki saya".. it made me smile.


Bila difikirkan, Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu..memang tak sangka, tak jadi pergi Houston, tapi Allah gantikan sesuatu yang juga bagi aku sangat bermanfaat untuk kami sekeluarga.


Sekali lagi..ALHAMDULILLAH!