Thursday, January 2, 2014

Ya Memang AKU GEMUK!!!!!!!!

Alhamdulillah, dipanjangkan usia dan dapat melangkah ke tahun baru Masihi; 2014.

AKU GEMUK? sangat! Masa ke Jakarta-Bandung haritu, aku ade post 1 gambar ni kt ig ngan fb, sesungguhnya, SANGAT RAMAI yang tanya, aku mengandung lagi kah??? 

OH! TIDAKKKK! Soffiya baruje cukup umur setahun, bukan tu je, punya lah mahal aku bayar pasang 'susuk' jarum implanon kat tangan akuni, tak kanlah aku mengandung kot??

Debab lagi tembam uols! Tu baju blouse Ralph Lauren tu saiz S plak kan!

Ok, nak jadi cerita, to be frank, sejak lepas raya, aku memang takde naik timbang berat badan ok. Nak pergi menimbangkan diri kt E10 tu pun xsempat! Dahla penimbang kt rumah tu rosak (bateri kaput) dan tak berganti.. yang aku plak dengan syoknya seronok makan macam-macam sebab masa puasa hari tu berat aku tinggal 52-53kg sahaja.. tetiba ade org tegur, "eiii apesal ko kurus sangat?? ko tau tak ko kurus ko tak cantik.. hilang seri muka".. hmmm hambekkkk dek kata-kata itu, ketika hari raya, aku makan dengan gembiranya sehingga ke hari ini!

Semalam, 1 Januari 2014, aku memang mulakan azam tahun baru untuk turunkan berat badan. Pagi-pagi lagi lepas solat subuh aku dh berjoging (jalan kaki yang banyak kot! hahaha!).. dapatla lari sekitar Puncak Saujana (area umah akutu) dalam 2.7 km je! (woi! org lumba lari berpuluh km woi!). Ok, aku anggap ini permulaan mcm mana aku mula berjoging lepas pantang bln 3 tahun lepas. Aku mesti dapatkan semangat itu!

Petangnya, encik suami cakap nak ke Ace Hardware kat Mines. Seronok plak aku tengok barang-barang tu banyak dari US (jakun!). Tetiba encik suami cakap, Ace Hardware ni memang dari US. (manalah mak tau!) LOL. Dalam pada tengok-tengok barang tu, aku ternampak bateri penimbang berat badan yang dah kong kat umah tu. Terus aku ambik dan mintak encik suami bayo kan sekali.. ngee

Dengan rasa tak sabar, balik-balik umah terus pasang bateri dan timbang diri sendiri.. 

Hasilnya ---> Berat aku ialah 60.1KG!!

Rasa nak menjerit kuat-kuat! Nak menangis keluar air mata darah.. Sudahnya, malam tadi aku bertaubat makan, dengan hanya menelan rolled instant oat untuk dinner. Itupun beberapa sudu je yang aku telan mengenangkan berat badan melampau akutu!

Pagini bangun saje nak timbang lagi, tetiba timbang tu appear 59.3KG.. yeje.. baru makan oat dah turun 1kg hahahaha!

Sejak hari Selasa (31 Disember 2013) haritu, aku mmg start bawak breakfast sendiri yang boleh kenyang sampai lunch (lunch pon makan makanan yang sama). Ala, bawak sosej yang direbus dengan omellete dan 2 keping rotije (see masih tidak sihat!). Untuk omellete tu aku tak guna mentega/marjerin, tapi  minyak kelapa dara organik uols! hihi

Nampak gaya memang mulai sekarang WAJIB hari-hari baca blog Kevin Zahri untuk dapatkan tips dan semangat dari orang-orang yang telah berjaya kuruskan badan.. 

Chaiyok Nani!!!!!!!!