Saturday, December 8, 2012

Penyakit Akhir Zaman

Rasanya dalam minggu lepas aku terdengar siaran ulangan Motivasi Pagi di IKIM.FM berkaitan 'Penyakit Akhir Zaman'. Ketika itu sedang hujan lebat & jalan jem. Sempat jugak aku buat catatan berkaitan tajuk ni. Tapi, nama ustaz yang bagi motivasi tu memang tak ingat!

Antara intipati yang penting dalam motivasi tersebut ialah berkaitan beberapa jenis penyakit yang menyerang umat akhir zaman. Antaranya:

1. Al Asyar

Penyakit terlalu seronok melampau sehingga menyebabkan boleh berlaku kerosakan. Sebagai contoh, bagaimana kerajaan Andalusia yang berusia 800 tahun di Spain boleh runtuh? Golongan Nasrani telah menyerang orang Islam melalui pemberian rokok, muzik dan nyanyian tanpa batasan sehingga kerajaan Andalusia lingkup!

2. Wal Batar

Penyakit bermewah-mewah (terlalu mewah) sehingga tidak melaksanakan tanggungjawab membayar zakat, bersedekah dan menginfakkan harta yang ada.

3. Takathur

Penyakit mengejar kedudukan di dunia sehingga lupa bahawa dunia lah tempat persiapan untuk akhirat. Oleh itu, jangan terus lupakan dunia kerana dunia tempat bercucuk tanam dan hasil tuaian adalah di akhirat kelak.

4. Wat tabaghut

Penyakit mudah marah atau baran.

5. Penyakit menipu dalam perniagaan.

6. Tahassud

Penyakit hasad dengki dan iri hati sesama manusia.