Tuesday, December 4, 2012

Kenduri Sarah & GNC Warehouse Sale 2012

Sabtu yang lalu (1 Disember) telah berkesempatan untuk menghadiri majlis kahwin Siti Sarah Daud, ex classmate aku masa 1 Zuhal di SMAP Kajang & pasangannya; Adam Castillo (he's South American man - from Bogota). Tahniah diucapkan kepada dua mempelai. They're so sweet :)


Majlis persandingan sahabat aku ni telah diadakan di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. I'm surprised bila Mikhail tunjuk pada lambang (Ta Jim) yang merujuk kepada Tabung Haji. Aku terkedu jugak macam mana Mikhail tau lambang tersebut merujuk kepada Tabung Haji hahaha. Oh mungkin kah sejak mak aku bagi dia tabung syiling Tabung Haji haritu die tau dah :) mungkinlahhh

Hari Sabtu tersebut memang hujan. Lepas ke wedding Sarah, aku memang ada bagitau kt Encik Suami nak ke Berjaya Times Square sebab nak ke GNC Warehouse Sale. Tau jela kan, kalau dah nama hujan, for sure federal highway tu akan jam gile. Kene bebel banyak jugak lah dengan Encik Suami sebab time hujan-hujan ni lah nak ke tengah bandaraya. Even dah sampai kat Jalan Imbi pun dia masih bising sebenarnya. Dia penat sebnenarnya sebab pagitu pergi main golf kat Bukit Kamuning, Shah Alam. Bangun dari pukul 5 kot nak tee off awal.

However, selamat jugak sampai kt Berjaya Times Square tu! Sampai ke destinasi yang nak dituju, ternampak plak kedai SweetChat! harus nak beli durian crepe hahahaha.. memula budak cashier tu cakap dah habis (macam biasalakan). Tapi aku nampak orang yang belakang cashier tu tengah melipat durian crepe tu. So, dak belakang cashier tu cakap ada. Tapi aku bagitaula siap-siap yang aku nak order dulu & will come back later.

Tempat Warehouse Sale GNC ni dekatje ngan kedai SweetChat tu. So, bermula borongan! Aku memang ahli GNC & I take GNC supplement macam Women's Ultra Mega ngan Fenugreek (ni untuk menambahkan susu). So, kebanyakan yang diborong pada hari tersebut adalah untuk dalam pantang nanti. 

Hasil borongan yang nilainya RM800+


Aku sangat puas hati dengan hasil boronganku sebab kalo beli kt kedai GNC cuma dapat 20% disc je. Tapi kat sini ade yang sampai 70%. Memang ada yang nak expired. Tapi yang akubeli tu mostly up to disc 30%+ expired by 2014. Sempat sangat dihabiskan. Untuk Ultra Mega Women & Men dapat additional 10% sebab aku ada Maybankard. 

Harap-harap jangan malas makan sudah! hahahaha :) Dah invest banyak ni...